
ini gambar ayah dengan mak aku bersalaman di hari raya
Datuk Mohmed Misbun bin Haji Sidek, DMSM (nama singkatan: Bun) (lahir 17 Februari 1960 di Kancung Darat, Banting, Selangor) seorang bekas pemain badminton kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan anak sulung daripada lima adik beradiknya.
Beliau dan kesemua adik beradiknya pernah terlibat secara aktif di pentas badminton antarabangsa.
Misbun merangkul pingat emas bagi acara perseorangan lelaki badminton pada Sukan SEA 1981 di Manila.
Beliau kini berkhidmat sebagai jurulatih kepada pemain pasukan badminton kebangsaan Malaysia.
Pada 28 Ogos 2008, kerajaan negeri Melaka menganugerahi jurulatih badminton kebangsaan Misbun Sidek dengan darjah kebesaran negeri iaitu Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’. Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob menyampaikan darjah kebesaran itu kepada bekas pemain badminton kebangsaan di Istana Melaka.