Sabtu, 5 September 2009

Datuk Mohmed Misbun bin Haji Sidek

Datuk Mohmed Misbun bin Haji Sidek, DMSM (nama singkatan: Bun) (lahir 17 Februari 1960 di Kancung Darat, Banting, Selangor) seorang bekas pemain badminton kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan anak sulung daripada lima adik beradiknya.

Beliau dan kesemua adik beradiknya pernah terlibat secara aktif di pentas badminton antarabangsa.

Misbun merangkul pingat emas bagi acara perseorangan lelaki badminton pada Sukan SEA 1981 di Manila.

Beliau kini berkhidmat sebagai jurulatih kepada pemain pasukan badminton kebangsaan Malaysia.

[sunting] Anugerah Datuk

Pada 28 Ogos 2008, kerajaan negeri Melaka menganugerahi jurulatih badminton kebangsaan Misbun Sidek dengan darjah kebesaran negeri iaitu Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’. Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob menyampaikan darjah kebesaran itu kepada bekas pemain badminton kebangsaan di Istana Melaka.

[sunting] Pencapaian

  • Juara Badminton Kebangsaan Malaysia 1981, 1982, 1983, 1984, 1986, 1987
  • Juara Terbuka Jerman 1981, 1983
  • Naib juara Piala Dunia 1982
  • Juara Terbuka Sweden 1982, 1983
  • Juara Terbuka Kanada 1983
  • Naib juara Seluruh England 1986
  • Naib juara Terbuka Malaysia 1986
  • Juara Terbuka Singapura 1987
  • Juara Terbuka Taiwan 1987
  • Naib juara Grand Prix Badminton Dunia 1988
  • Naib juara Piala Thomas 1988 (berpasukan lelaki)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan